Pendidikan di Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pendidikan di Malaysia
 |
| Kementerian Pendidikan Malaysia |
| Menteri-menteri Pendidikan |
Mahdzir Khalid,
Idris Jusoh |
| Belanjawan pendidikan negara (2006?) |
| Belanjawan: |
RM32 bilion (ASD10 bilion)1 |
| Perincian umum |
| Bahasa asas: |
Melayu, Inggeris, Cina Mandarin, Tamil |
| System Type: |
Kebangsaan |
| Ditubuhkan |
1956 |
| Celik huruf (2009) |
| Jumlah: |
95% (semua usia 15 tahun ke atas) |
| Lelaki: |
95% jumlah, 98% 15-24 tahun |
| Wanita: |
95% jumlah, 98% 15-24 tahun |
| Pendaftaran |
| Jumlah: |
5,407,865 dengan 405,716 guru (nisbah 13:1), termasuk 163,746 prasekolah |
| Rendah: |
2,899,228 (kadar tekal sampai darjah terakhir sekolah rendah, Darjah 6 adalah 99%) |
| Menengah: |
2,344,891 (66% pelajar lelaki & 72% pelajar wanita meningkat ke Tingkatan 1 dari Darjah 6) |
| 1"Budget 2010", mstar |
|
|
Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari
sekolah
tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem
pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah
menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain
pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan
oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang
biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China (PR).
Ciri-ciri
Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:
Hanya pendidikan di sekolah rendah diwajibkan dalam undang-undang.
Oleh itu, pengabaian keperluan pendidikan selepas sekolah rendah tidak
melanggar undang-undang. Sekolah rendah dan sekolah menengah diuruskan
oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi dasar yang berkenaan dengan pengajian tinggi diuruskan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
yang ditubuhkan pada tahun 2004. Sejak tahun 2003, kerajaan
memperkenalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
mata pelajaran yang berkenaan dengan
Sains. dan matematik.
Pendidikan prasekolah
Sekolah tadika (
prasekolah)
menerima kemasukan kanak-kanak daripada 4-6 tahun. Pengajian tadika
bukan merupakan pengajian wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu
penubuhan tadika oleh pihak swasta amat menggalakkan. Setakat ini,
sebahagian besar Sekolah Kebangsaan mempunyai kelas prasekolah. Namun
kemasukan ke kelas ini dibuka kepada anak-anak dari keluarga
berpendapatan rendah.
Pendidikan rendah
Pendidikan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6, dan menerima kemasukan kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.
[[Bahasa Melayu] dan
bahasa Inggeris
merupakan mata pelajaran wajib dalam Sistem Pendidikan Malaysia.
Sekolah rendah awam di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan. Kurikulum di kedua-dua
jenis sekolah rendah adalah sama. Perbezaan antara dua jenis sekolah ini
ialah bahasa pengantar yang digunakan. Bahasa Melayu digunakan sebagai
bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan.
Bahasa Tamil atau
bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan.
Pada akhir tahun persekolahan sekolah rendah, ujian awam diadakan
bagi menilai prestasi murid-murid. Ujian awam pada peringkat sekolah
rendah dinamakan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Pelajar yang telah menduduki UPSR, dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.
Pendidikan menengah
Sekolah menengah
awam boleh dilihat sebagai pelanjutan sekolah rendah. Bahasa Malaysia
digunakan sebagai bahasa pengantar bagi semua mata pelajaran selain
Sains (Biologi, Fizik dan Kimia) dan Matematik (termasuk Matematik
Tambahan) Para pelajar perlu belajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan
5. Seperti di sekolah rendah, setiap tingkatan (darjah) mengambil masa
selama satu tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga (digelar peringkat menengah
rendah), para pelajar akan menduduki
Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3). Berdasarkan pencapaian PT3, mereka akan dikategorikan kepada
Aliran Sains atau Aliran Sastera. Aliran Sains menjadi pilihan ramai.
Pelajar dari Aliran Sains dibenarkan untuk keluar dari Aliran Sains lalu
menyertai Aliran Sastera tetapi sebaliknya tidak dibenarkan.
Pelajar-pelajar yang tidak mendapat keputusan yang memuaskan pula boleh
memilih untuk menjalani pengkhususan vokasional di sekolah teknik.
Pada akhir Tingkatan Lima (digelar peringkat menengah atas), para pelajar perlu menduduk peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum menamatkan pelajaran di peringkat menengah. SPM adalah berdasarkan peperiksaan
School Certificate United Kingdom lama sebelum menjadi peperiksaan Tahap 'O'
General Certificate of Education (Kelulusan Umum Pelajaran) yang menjadi GCSE (
General Certificate of Secondary School
/ Kelulusan Umum Sekolah Menengah). Sejak tahun 2006, para pelajar
turut menduduki kertas GCE Tahap 'O' bagi bahasa Inggeris selain kertas
SPM Bahasa Inggeris biasa. Keputusan lain ini adalah berdasarkan markah
penulisan karangan dalam kertas Bahasa Inggeris SPM. Penilaian karangan
kertas Bahasa Inggeris SPM diadakan di bawah pengawasan pegawai dari
peperiksaan Tahap 'O' British. Walaupun keputusan ini bukan sebahagian
daripada SPM, keputusan ini akan dinyatakan pada kertas keputusan.
Selepas keputusan SPM 2005 dikeluarkan pada Mac 2006, Kementerian
Pelajaran mengumumkan bahawa mereka sedang menimbang untuk memperbaharui
sistem SPM kerana orang ramai terlalu mementingkan bilangan A yang
didapati. Pendidik-pendidik tempatan bersetuju dengan cadangan ini.
Salah seorang profesor di Universiti Malaya mengesali keadaan sesetengah
pelajar universiti yang tidak mampu menulis surat dan berbahas. Beliau
berkata, "Mereka tidak memahami apa yang saya katakan ... Saya tidak
dapat berkomunikasi dengan mereka." Tambah beliau, "Sebelum 1957, wira
sekolah bukan mereka yang mendapat 8A atau 9A tetapi merupakan pembahas
yang baik, pelakon yang baik, ahli sukan yang baik dan mereka yang
memimpin Persatuan Pengakap."
Selepas menamatkan pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sesetengah pelajar dapat belajar di
Sekolah Tinggi Persendirian Cina. Di sekolah jenis ini, para pelajar menduduki peperiksaan piawai yang dikenali sebagai Sijil Peperiksaan Bersama (
Unified Examination Certificate/UEC). Sesetengah pelajar di sekolah-sekolah ini turut menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian. UEC diadakan oleh
Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975.
Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior
(UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC). Bahasa Cina merupakan bahasa
pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa
Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran
Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan
Perdagangan. Kesusahan UEC-SML adalah hampir sama dengan
A-level kecuali Bahasa Inggeris.
Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap
rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior). Setiap tahap
mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar
dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah,
sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih
tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan
disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa
yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah
Tinggi Persendirian Cina. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu
menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki
peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di
sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga
akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera
bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki
peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM.
Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir
Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.
UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti
luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah
negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai
kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia. Akan tetapi,
kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan
Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan
yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM.
Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika
itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC daripada keperluan
tersebut.
Pendidikan pra-universiti
Selepas SPM, para pelajar dapat membuat pilihan sama ada belajar dalam Tingkatan 6
matrikulasi,
pengajian diploma di pelbagai institut pendidikan seperti Politeknik.
Jika mereka melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Enam, mereka akan
menduduki peperiksaan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM). Tingkatan 6 yang terdiri daripada Tingkatan 6 Rendah dan
Tingkatan 6 Atas mengambil masa selama dua tahun. STPM dianggap lebih
susah daripada
A-level
kerana merangkumi skop yang lebih mendalam dan luas. Walaupun STPM
biasanya diduduki bagi mereka yang ingin belajar di universiti awam di
Malaysia, STPM turut diakui di peringkat antarabangsa.
Selain itu, para pelajar boleh memohon kebenaran untuk mengikuti
program matrikulasi yang mengambil masa selama satu atau dua tahun. Pada
suatu ketika dahulu, matrikulasi hanya mengambil masa selama satu
tahun. Sejak tahun 2006, 30% daripada semua pelajar matrikulasi
diberikan program yang mengambil masa selama dua tahun. 90% daripada
tempat matrikulasi adalah disimpan untuk bumiputera. Program matrikulasi
tidak seketat dengan STPM. Ramai berpendapat bahawa program ini mudah
daripada STPM, dan dikatakan untuk membantu bumiputera belajar di
universiti dengan mudah. Matrikulasi dikenalkan selepas kuota kemasukan
universiti awam yang berdasarkan kaum dimansuhkan. 70% daripada pelajar
kursus krtikal seperti perubatan, farmasi, pergigian dan perundangan
ialah pelajar matrikulasi. Sebaliknya, kebanyakan kursus-kursus seperti
Sarjana Muda Sains yang kurang diminati diambil oleh pelajar STPM.
Pembela program matrikulasi mendakwa bahawa Tingkatan 6 adalah berbeza
dengan program matrikulasi. Akan tetapi, program matrikulasi dan
Tingkatan Enam memainkan peranan yang sama (kelayakan kemasukan
universiti).
Sesetengah pelajar menerima pendidikan pra-universiti di kolej persendirian. Mereka mungkin memilih
diploma,
A-level, Program Matrikulasi Kanada atau kursus yang sama dari negara lain.
Kerajaan mendakwa bahawa kemasukan universiti adalah berdasarkan
meritokrasi tetapi terdapat terlalu banyak program pra-universiti yang
berlainan tanpa piawai yang boleh dibandingkan.
Pengajian tinggi
- Lihat juga: senarai universiti di Malaysia.
Banyak subsidi diberi oleh kerajaan untuk menanggung pendidikan di
universiti-universiti awam tempatan. Pemohon memerlukan kelayakan STPM,
matrikulasi atau diploma yang diiktiraf, serta kelulusan-kelulusan lain
yang setara yang diiktiraf Kerajaan. Keputusan yang baik dalam
peperiksaan tidak menjamin kemasukan universiti awam. Ini adalah kerana
tempat pengajian bagi sesetengah program adalah terhad. Contohnya,
tempat untuk bidang perubatan adalah terhad dan adalah mustahil untuk
universiti awam menerima semua pelajar-pelajar yang mendapat semua A
dalam STPM. Justeru, adalah penting bagi pelajar untuk mendapatkan
maklumat dari pihak sekolah ketika mengisi borang permohonan.
Pada tahun 2004, kerajaan menubuhkan
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
untuk mengawasi pendidikan pengajian tinggi. Kementerian ini dipimpin
oleh Mustapa Mohamed pada ketika itu. Kini, KPT telah bergabung bersama
dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk
Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterajui oleh
Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian diketuai oleh Dato' Seri Diraja
Mahdzir Khalid.
Kebebasan akademik fakulti universiti umum telah diragui. Pengkritik
seperti Bakri Musa menggunakan contoh seperti ahli sains ditegur oleh
Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kerana menerbitkan "kajian
mengenai pencemaran udara".
Para pelajar juga dapat membuat pilihan untuk pergi ke institusi
swasta bagi pendidikan peringkat tinggi. Banyak institusi memberi kursus
dengan bekerjasama dengan institut atau universiti di luar negeri.
Sesetengah universiti di luar negeri pula membuka cawangan di Malaysia.
Aliran keluar mereka yang cemerlang dari Malaysia menyebabkan Perdana
Menteri pada masa itu (1995), Tun Dr Mahathir Mohamed melancarkan
program menarik mereka pulang ke kampung halaman. Matlamat rancangan ini
adalah untuk menarik 5000 orang yang cemerlang setiap tahun. Pada tahun
2004, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata dalam jawapan
parlimen bahawa rancangan ini telah menarik 94 ahli sains (24 orang
Malaysia) dalam bidang farmakologi, perubatan, teknologi semikonduktor
dan kejuruteraan dari tahun 1995 hingga 2000. Semasa jawapan ini
diberikan, hanya seorang masih berada di Malaysia.
Selain itu, terdapat juga
Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan program ijazah sarjana muda perguruan dan
politeknik
yang menawarkan kursus diploma dan sijil bagi yang berminat.Terdapat
juga kajian yang dilakukan mengenai Sistem penilaian prestasi pelajar
[1]